Saturday, 13 June 2015

NAMA KAMPUNG

   Kampung Tok Has diambil nama sesuai dengan gelaran salah seorang pengasas kampung ini iaitu Pak Cik Mat. Beliau sentiasa mengeluarkan perkataan seruan / terkejut “hah”. Beliau tinggal di dalam kawasan dusun dan bekerja sebagai Tok Penyadat untuk menghasilkn Nira dan Manisan. Semasa berinteraksi dengan masyarakat ketika itu’ apabila dipanggil saja Tok, beliau akan menjawab “Hah! Nak apa”. Apabila perkara ini berterusan maka nama tempat tinggal dinamakan Kampung Tok Has.

          Kampung Tok Has adalah sebuah kampung di mana majority penduduknya terdiri daripada petani dan bekerja sendiri dan sebahagian kecil pula bekerja sebagai sector awam /swasta juga berniaga. Manakala sebilangan kecil penduduknya dibawah taraf kemiskinan. Kampung ini telah banyak mendapat faedah daripada kemajuan pembangunan yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan seperti jalan raya, bekalan elektrik, air paip, kemudahan kesihatan, telefon, lampu jalan, tong sampah, jalan ladang dan jalan-jalan kampung.


No comments:

Post a Comment